Sunday, 7 June 2015

Selamat Datang ke Asrama Anak Yatim dan Anak Asnaf "BAITUL RAHMANIAH - BaiRah"


SELAMAT DATANG



ARAH TUNJUK KE ASRAMA



"Kami berhasrat untuk membeli rumah ini dengan cara mengumpul Dana
 melalui  "Program Wakaf Tunai"  untuk dijadikan Asrama Tetap

PANDANGAN DEPAN


PANDANGAN DARI DEPAN DAN TEPI DARI JALAN BESAR


DEPAN ASRAMA


BILEK TIDOR


DAPOR DAN BAHAGIAN BELAKANG


Saturday, 9 May 2015

Rayuan Bantuan & Sokongan

Assalamualaikum wrt
Asrama kami masih serba kekurangan, maka itu sokongan dan bantuan dari setiap lapisan masyarakat amatlah kami perlukan, diharap pengunjung blog kami dapatlah membantu apa yang termampu mengikut keikhlasan dan kemampuan agar kita sama-sama memperolehi keberkatan didunia dan akhirat, Insha Allah.

Pihak kami sedang berusaha memohon kepada setiap lapisan Masyarakat khusus muslimin dan muslimat membantu kami mengikut apa yang termampu disumbangkan kepada kami bagi kita sama mencari keberkatan dari Allah swt bagi membantu golongan yang amat memerlukan bantuan dan sokongan. Kami paparkan Senarai keperluan yang masih diperlukan dalam blog ini untuk pemerhatian pengunjung.


SENARAI KERLUAN YANG MASIH DIPERLUKAN






PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN DAN AIDILFITRI 1436

Sebagai ganjaran diatas amal ibadah yang dijalankan oleh anak-anak kami seramai 30 orang dalam bulan ramadhan 1436, kami sedang berusaha mencari penajaan untuk menaja pembelian kelengkapan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436 seperti pakaian Baju Hari Raya dan lain lain keperluan untuk mereka meraikan di Awal Syawal.

Kepada yang berhajat bolehlah menaja salah saorang dari anak-anak kami, kami menganggarkan sebanyak RM300.00 setiap saorang. Kami membuka ruang yang mudah untuk beribadah dan beramal maksudnya 10 orang penaja boleh menaja saorang anak kami. Cara ini memberi peluang kepada semua pihak untuk beramal bagi mendekatkan diri kita dengan Allah swt dengan melalui sadakah.



Thursday, 16 April 2015

Penghargaan

Pemilek Rumah
Dengan ikhlas hati telah membenarkan kami tinggal secara percuma, sehingga kami dapat mengumpul Dana untuk membeli rumahnya bagi dijadikan Asrama Tetap Baitul Rahmaniah.






YB Mat Nadzari bin Ahmad Dahalan
Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor/Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Batang Kali(N.07)

Kerana telah memberi bantuan melalui peruntukkan ADUN Batng Kali sebanyak RM3000.00 dan telah menaja majlis berbuka puasa Tahun 2014 bersama dengan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.. 




SUNGAI BUAYA BIKER KELAB (SBBK) RAWANG
Telah menyumbang tilam dan barangan makanan bernilai   sekitar RM5000.00 termasuk wang tunai diacara berbuka puasa tahun 2014





 YM Puan Hajjah Kamariah binti Haji Harun
 Dengan ikhlas telah menyumbang RM5000.00
 Persiapan Hari Raya Aidilfitri 1435H

 YM Tuan Badrul Hisham bin Tahir
 Sumbangan ikhlas untuk Asrama Bairah 
 RM2000.00.

 Tuan Muhammad bin Mohd Zain  
  Sumbangan ikhlas RM2000.00 






DUTCH LADY MALAYSIA 
Dutch Lady Malaysia telah membuat Program Kemasyarakatan bersama anak-anak Asrama Baitul Rahmaniah dan telah menyampaikan sumbangan berupa tajaan bekalan susu untuk anak-anak Baitul Rahmahniah selama tiga (3) bulan dalam tahun bermula Bulan September, 2014.






                                            

KELAB KAKITANGAN MDIF PROPERTY sempena program mencari Harta Karun pada Bulan September, 2014 dengan ikhlas hati telah menyumbang sebanyak RM5000.00 untuk tabung Asrama Anak Yatim & Anak Asnaf Baitul Rahmaniah.



                                         

                                                .



SURAU AL HIDAYAH DRB-HICOM
Telah menyumbangkan sebanyak RM10,500.00 bagi pembiayaan seragam dan keperluan Sekolah anak-anak Baitul Rahmaniah bagi tahun 2015.









RAKAN-RAKAN SAUDARA MOHD HELMI IBRAHIM
Bermula dari Bulan Jun 2014 sehingga 31 Disember 2014 telah menyumbang sejumlah RM5000.00.




                                                                                                                     
  


                        

PENGHARGAAN SEMPENA RAMADHAN 1436
BULAN JUN/JULAI 2015
                        





Anak-Anak Yatim dan Asnaf Asrama "BAITUL RAHMANIAH-BaiRah" Taman Keruing, Rasa merakam setinggi-tinggi Penghargaan Kepada YB Tuan Haji Mat Nadzari bin Ahmad Dahalan, Yayasan Basmi Kemiskinan dan Radio Selangor FM, kerana telah sudi menjemput ke majlis berbuka puasa dan penyampaian wang hari Raya Aidilfitri sebanyak RM100.00 saorang  dan Beg Sekolah dari Selangor FM pada 23hb Jun 2015 yang lalu. 

Kami berharap usaha yang sedemkian harus diteruskan bagi membuktikan bahawa pihak yang menganjurkan memangnya amat perihatin kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. Dan kami berdoa usahanya ini akan mencapai keuntungan dimasa yang mendatang. Insha Allah. 






Pengurusan Asrama "BAITUL RAHMANIAH-BaiRah" amat menyanjung tinggi usaha yang dijalankan oleh Siswa/Siswi Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu Khususnya PERKEMAT DQ kerana telah sudi  memileh Anak-Anak BAITUL RAHMANIAH bagi menjayakan program MAHABBAH RAMADHAN bertempat di SURAU AL MUHAJIRIN RASA yang telah dijalankan dengan sempurnanya pada 27hb Jun 2015.

Pihak Pengurusan Baitul Rahmaniah mengucapkan rimbunan terima kaseh kepada Anak-Anak Muda PERKEMAT yang telah membuat pengisian yang terbaik dalam program tersebut, kami juga amat menghargai sumbangan wang hari raya untuk anak-anak dan sumbangan barangan dapor untuk asrama, kami juga merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Surau Al Muhajirin Rasa yang telah memberi kebenaran suraunya digunakan sebagai tempat program.

Kepada anak-anak muda PERKEMAT DQ Kuala Kubu Bharu kami doakan anda sekalian berjaya dalam bidang yang dipelajari. Anda adalah pemimpin masa depan yang dapat membawa generasi yang akan datang kejalan yang di redahi Allah swt. Insha Allah.




Pihak Pengurusan dan Anak-anak Asrama "BAITUL RAHMANIAH-BaiRah" amat teruja dan terharu atas jemputan ke majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan yang dibuat oleh MIDF PROPERTY BERHAD khususnya untuk meraikan anak-anak Baitul Rahmaniah.Majlis telah diadakan pada 28hb Jun 2015 bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Kami mengucapkan rimbunan terima kaseh khususnya kepada Pengerusi MIDF PROPERTY BERHAD (Ybg Dato' Kalsom binti Abdul Rahman) telah memberi sumbangan peribadi sebanyak RM1000.00, MIDF PROPERTY BERHAD sebanyak RM5000.00 dan kutipan tunai dari kakitangan MIDF Prroperty Berhad sejumlah RM1,500.00, Pihak Pengurusan akan mengunakan dengan sebaik mungkin diatas sumbangan yang diberi.

Kami berdoa kehadrat Allah swt supaya MIDF PROPERTY BERHAD mencatat keuntongan yang lebih dimasa yang mendatang. Kepada semua pegawai dan kakitangan MIDF PROPERTY kami doakan ditambahkan rezeki dan keluarga yang bahagia.   Insha Allah.




Kami mengucapkan ribuan terima kaseh diatas kunjungan yang telah dilakukan oleh Ahli-ahli dan keluarga PERSATUAN PENDUDUK DESA TEMENGGONG, PINGGIRAN BATU CAVE ke Asrama Anak Yatim dan Anak Asnaf "BAITUL RAHMANIAH-BaiRah" 07hb Julai 2015 yang lalu.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kaseh diatas sumbangan wang tunai sekitan RM1,400.00 serta barangan dapor dan juga wang hari raya untuk anak-anak Baitul Rahmaniah.Sumbangan tuan/puan akan digunakan sbaik mungkin.

Kepada Penyumbang Wakaf Tunai kami mendoakan agar roh ALLAHYARHAM/ ALLAHYARHAMAH keluarga tuan/puan dirahmati Allah swt. Insha Allah. 

Kami doakan setiap keluarga Ahli Persatuan Penduduk Desa Temenggong ditambahkan rezeki serta keluarga yang bahagia. Insha Allah.





Kami mengucapkan ribuan terima kaseh kepada Pemilek Selangor Food Industries Sdn Berhad yang dikenali jenama AZMY BURGER kerana telah menjemput ke majlis berbuka puasa solat serta solat tarawih pada 10hb Julai 2015.


Kami juga mengucapkan ribuan terima kaseh diatas sumbangan sejumlah RM500.00 serta kain pelikat untuk anak lelaki dan batik untuk anak perempuan kami.

Kami berdoa agar perusahaan Selangor Food Industries Sdn Berhad akan berjaya terus maju. Insha Allah. 

Kami juga mengucapkan ribuan terima kaseh kepada penyumbang berikut;

1. Saudara Mohd Helmi bin Ibrahim.


2. UBN Enterprise Sungai Buaya, Rawang.

3. Kakitangan MRSM Kuala Kubu Bahru.

4. Kakitangan KPPDN Kuala Kubu Baru.

5. Kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor

6. Penyumbang Wakaf Tunai.

7. Penyumbang Terus ke Akaun BAITUL RAHMANIAH

























Wednesday, 15 April 2015

Matlamat


Matlamat "BaiRah" adalah membantu  anak-anak dibawah jagaan kami mendapatkan pendidikan Akedemik, Jasmani dan Rohani, agar menjadi masyarakat yang berguna kepada bangsa dan negara. 

Bagi memastikan matlamat ini tercapai, bantuan dan sokongan dari setiap lapisan masyarakat amatlah diperlukan. Kami berharap khususnya institusi Pengajian Tinggi dijemput untuk membuat program amal yang boleh memberi semangat kepada anak-anak kami agar berjaya dalam akedemik supaya menjadi masyarakat yang berpengetahuan dan berjaya dimasa mendatang. .

PROGRAM BERSAMA SISWA-SISWI  UNIVERSITI MALAYA