Saturday, 17 December 2022

LAMAN UTAMA



 

PENGENALAN BAIRAH 
DIMILIKI OLEH 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN USAHA NURANI( USNUR )
 

 
 BaiRah

ASRAMA ANAK YATIM DAN ANAK ASNAF
“BAITUL RAHMANIAH-BAIRAH”
Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor 

USNUR
MILIK: Pertubuhan Kebajikan Usaha Nurani (USNUR) 
No Pendaftaran PPM 0171021032018
Alamat Urusan/Asrama Sementara : No 11 Jalan Keruing 1B/2, Taman Keruing, 44200 Rasa, Selangor Darul Ehsan
Tel:  012 356 0821/ 012 222 4220/012 942 3803  emailasramabaitulrahmaniah@gmail.com  blogasramabaitulrahmaniah@blogspot.com

“KE ARAH INSAN TAQWA”

Assala Mualaikum wrt.,

A)  PENGENALAN  RINGKAS  BaiRah

BAITUL RAHMANIAH nama singkat BaiRah milik Pertubuhan Kebajikan Usaha Nurani(USNUR), ianya adalah sebuah asrama yang menempatkan  anak yatim dan anak asnaf, mereka ini adalah dari golongan yang tidak berkemampuan, matlamat Pertubuhan USNUR untuk membantu  anak-anak yatim & anak asnaf yang ingin berjaya untuk masa depan mereka.

2.            Anak-anak yang mendiami asrama ini wajib mempunyai jati diri, ingin belajar serta  mempunyai visi untuk berjaya. Matlamat Pertubuhan USNUR supaya anak-anak ini berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan akademik, Jasmani dan rohani.

3.            Asrama Anak Yatim dan Anak Asnaf “BAITUL RAHMANIAH-BaiRah” mula beroperasi  pada awal bulan Jun tahun 2014, Pada bulan awal bulan April 2018 asrama  BaiRah telah diurus tadbir dan dimilikki sepenuhnya olih Pertubuhan USNUR, pihak USNUR sedang berusaha bagi penambahbaikkan untuk memperkasa dan mempertabat anak-anak dan juga asrama BaiRah.

4.            Bagi tujuan penambahbaikkan pihak USNUR merayu setiap lapisan masyarakat agar dapat membantu dengan apa jua bentuk bantuan dan sokongan yang bolih, agar kami dapat  menyediakan kemudahan yang agak selesa untuk anak-anak. Pada ketika  Asrama ini masih terdapat banyak kekurangan  keperluan asas  seperti tilam, katil, almari  dan khususnya keperluan makanan asas harian.

B) BILANGAN ANAK-ANAK DIBAWAH JAGAAN BAITUL RAHMANIAH

1.          Asrama ini pada setiap masa hanya menampung seramai 30orang anak-anak sahaja berdasarkan kepada kemampuan kewangan kami, walau pun terdapat ramai lagi senarai yang menunggu untuk memasukki ke asrama ini. Pihak asrama akan mengawal selia 50% lelaki dan 50% perempuan pada setiap masa, ini adalah disebabkan kami wajid menyediakan wang saku persekolahan, makan harian kos pengangkutan ke sekolah dan lain lain keperluan luar jangka.


C) ALAMAT PEJABAT DAN ASRAMA SEMENTARA

1)            Kami amat bersyukur kehadrat Allah swt kerana pemilik rumah telah membenarkan rumahnya dijadikan Asrama Anak Yatim dan Anak Asnaf tanpa dikenakan sebarang bayaran sehinggalah kami  mampu membeli rumahnya bagi dijadikan asrama tetap.

2.            Pejabat dan Asrama Sementara Baitul Rahmaniah terletak dialamat  No 11, Jalan Keruing 1B/2, Taman Keruing, 44200 Rasa, Hulu Selangor. No Tel: 0123560821/0122224220/0129423803


Asrama BaiRah-USNUR

Anak-Anak BaiRah-USNUR/Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Ramadhan 2018

3.            Pihak BAIRAH telah mengemukakan Permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor untuk didaftarkan sebagai  Asrama  yang berdaftar(Rujukan:PKMD.SEL/05/PA800/03/01). Pada ketika ini pihak pengurusan sedang berurus dengan akitek swasta bagi pengubahsuaian status kegunaan rumah dari kediaman ke Asrama untuk dimajukan kepada pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah Hulu Selangor) bagi tujuan kelulusan.

D) MEREALISASIKAN HARAPAN ANAK-ANAK BAIRAH

1. Program Khas sumbangan “WAKAF TUNAI”

1)            Bagi merialisasikan harapan anak-anak kami untuk tinggal dibawah satu bumbung, pihak Pertubuhan USNUR berpendapat adalah wajar kita menjemput setiap lapisan masyarakat menyertai program mengumpul dana bagi membeli Asrama Sementara yang sedia ini bagi di jadikan Asrama tetap melalui Program sumbangan Wakaf Tunai.

2)            Kami telah pun membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda minat untuk membeli rumah ini kepada pemilik rumah. Bagi mencapai hasrat untuk memilikki rumah ini untuk dijadikan asrama tetap pihak Pertubuhan USNUR telah meneruskan “program wakaf tunai sebanyak RM10.00 bagi satu yunit”. Bagi yang berhajat untuk menyertai program Wakaf Tunai ini bolihlah berhubung dengan kami.

3)            Program wakaf tunai ini membolehkan semua  golongan samada serdahana atau kaya berkongsi kekayaan dan dapat membuat amalan, ianya juga  merupa satu amalan yang disyariatkan bahkan ianya adalah salah satu cara bagi  kita mendekatkan diri  dengan Allah swt, terdapat beberapa dalil wahyu yang boleh dijadikan asas sandaran kepada pensyariatan amalan berwakaf ialah Firman Allah swt yang bermaksud;

      

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai(hakikat) kebajikan dan Kebaktian (yang sempurna
                 Sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayang. Dan Sesuatu apa yang kamu
                 Dermakan, maka Sesungguhnya Allah Mengentahui..(Surah Aali ‘Imran 3:92)

4)            Pihak Pengurusan tidak bermaksud mengunakan Firman Firman Allah swt  sebagai satu cara bagi menarik orang ramai supaya menyertai program yang dianjurkan ini. Ianya kami serahkan pada budi bicara setiap individu memikirkan dengan hukum akal.

5)            Bagi sesiapa yang berhajat untuk menyertai program wakaf tunai silalah berhubung dengan Pertubuhan USNUR atau datang terus ke asrama sementara “Baitul Rahmaniah” alamat diatas seperti para (C “2”)

E) BANTUAN

1.            Pihak kami menerima apa saja bentuk bantuan dan penajaan dari setiap individu yang sudi bersama-sama memberi khidmat Bakti bagi mempastikan Asrama Baitul Rahmaniah dapat berjalan dengan lancar demi untuk memperkasakan anak-anak dibawah jagaan kami.

2.            Semua bantuan dan penajaan bolehlah disalurkan kepada;

Bank
Alamat Asrama/Pejabat

PERKHIDMATAN BAITUL RAHMANIAH
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN: 1220 701 000 6106


No: 11 Jalan Keruing 1B/2, Taman Keruing, Rasa,
Hulu Selangor, Selangor  D. Ehsan
Tel: 012 356 0821/012 222 4220/ 012 942 3803


F) TANGGUNGJAWAB  BERSAMA
1)            Bahawa kita semua sedia maklum bahawa dalam masyarakat kita khusus di negara ini masih terdapat insan yang kaya dengan sifat kasih sayang dan bertanggongjawab terhadap masyarakat yang tidak berkemampuan.
PENGHARAGAAN
Pihak  Pertubuhan USNUR amat mengalu-alukan dan menghargai semua pihak yang sudi sama-sama membantu membangun, memperkasakan serta mempertabatkan anak-anak yang kurang bernasib baik ini agar bolih berjaya dalam pendidikan bagi memenuhi impian masa depan mereka. Marilah kita membantu kerana Allah swt.. “Bukan kita menghindarkan Neraka dan bukan kita berkehendakkan Surga. Amalan kita Hanya untuk Allah swt ”.. Wassallam.                                                                                                                       
                                                                                                                                                             “KE ARAH INSAN TAQWA”