PENGENALAN BAIRAH
DIMILIKI OLEH
PERTUBUHAN KEBAJIKAN USAHA NURANI( USNUR )
DIMILIKI OLEH
PERTUBUHAN KEBAJIKAN USAHA NURANI( USNUR )
BaiRah | ASRAMA ANAK YATIM DAN ANAK ASNAF “BAITUL RAHMANIAH-BAIRAH” Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor | USNUR |
MILIK: Pertubuhan Kebajikan Usaha Nurani (USNUR) No Pendaftaran PPM 0171021032018 | ||
Alamat Urusan/Asrama Sementara : No 11 Jalan Keruing 1B/2, Taman Keruing, 44200 Rasa, Selangor Darul Ehsan Tel: 012 356 0821/ 012 222 4220/012 942 3803 email: asramabaitulrahmaniah@gmail.com blog: asramabaitulrahmaniah@blogspot.com |
“KE ARAH INSAN TAQWA”
Assala Mualaikum wrt.,
A) PENGENALAN RINGKAS BaiRah
BAITUL RAHMANIAH nama singkat BaiRah milik Pertubuhan Kebajikan Usaha Nurani(USNUR), ianya adalah sebuah asrama yang menempatkan anak yatim dan anak asnaf, mereka ini adalah dari golongan yang tidak berkemampuan, matlamat Pertubuhan USNUR untuk membantu anak-anak yatim & anak asnaf yang ingin berjaya untuk masa depan mereka.
2. Anak-anak yang mendiami asrama ini wajib mempunyai jati diri, ingin belajar serta mempunyai visi untuk berjaya. Matlamat Pertubuhan USNUR supaya anak-anak ini berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan akademik, Jasmani dan rohani.
3. Asrama Anak Yatim dan Anak Asnaf “BAITUL RAHMANIAH-BaiRah” mula beroperasi pada awal bulan Jun tahun 2014, Pada bulan awal bulan April 2018 asrama BaiRah telah diurus tadbir dan dimilikki sepenuhnya olih Pertubuhan USNUR, pihak USNUR sedang berusaha bagi penambahbaikkan untuk memperkasa dan mempertabat anak-anak dan juga asrama BaiRah.
4. Bagi tujuan penambahbaikkan pihak USNUR merayu setiap lapisan masyarakat agar dapat membantu dengan apa jua bentuk bantuan dan sokongan yang bolih, agar kami dapat menyediakan kemudahan yang agak selesa untuk anak-anak. Pada ketika Asrama ini masih terdapat banyak kekurangan keperluan asas seperti tilam, katil, almari dan khususnya keperluan makanan asas harian.
B) BILANGAN ANAK-ANAK DIBAWAH JAGAAN BAITUL RAHMANIAH
1. Asrama ini pada setiap masa hanya menampung seramai 30orang anak-anak sahaja berdasarkan kepada kemampuan kewangan kami, walau pun terdapat ramai lagi senarai yang menunggu untuk memasukki ke asrama ini. Pihak asrama akan mengawal selia 50% lelaki dan 50% perempuan pada setiap masa, ini adalah disebabkan kami wajid menyediakan wang saku persekolahan, makan harian kos pengangkutan ke sekolah dan lain lain keperluan luar jangka.
C) ALAMAT PEJABAT DAN ASRAMA SEMENTARA
1) Kami amat bersyukur kehadrat Allah swt kerana pemilik rumah telah membenarkan rumahnya dijadikan Asrama Anak Yatim dan Anak Asnaf tanpa dikenakan sebarang bayaran sehinggalah kami mampu membeli rumahnya bagi dijadikan asrama tetap.
2. Pejabat dan Asrama Sementara Baitul Rahmaniah terletak dialamat No 11, Jalan Keruing 1B/2, Taman Keruing, 44200 Rasa, Hulu Selangor. No Tel: 0123560821/0122224220/0129423803
Asrama BaiRah-USNUR | Anak-Anak BaiRah-USNUR/Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Ramadhan 2018 |
3. Pihak BAIRAH telah mengemukakan Permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor untuk didaftarkan sebagai Asrama yang berdaftar(Rujukan:PKMD.SEL/05/PA800/03/01). Pada ketika ini pihak pengurusan sedang berurus dengan akitek swasta bagi pengubahsuaian status kegunaan rumah dari kediaman ke Asrama untuk dimajukan kepada pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah Hulu Selangor) bagi tujuan kelulusan.
D) MEREALISASIKAN HARAPAN ANAK-ANAK BAIRAH
1. Program Khas sumbangan “WAKAF TUNAI”
1) Bagi merialisasikan harapan anak-anak kami untuk tinggal dibawah satu bumbung, pihak Pertubuhan USNUR berpendapat adalah wajar kita menjemput setiap lapisan masyarakat menyertai program mengumpul dana bagi membeli Asrama Sementara yang sedia ini bagi di jadikan Asrama tetap melalui Program sumbangan Wakaf Tunai.
2) Kami telah pun membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda minat untuk membeli rumah ini kepada pemilik rumah. Bagi mencapai hasrat untuk memilikki rumah ini untuk dijadikan asrama tetap pihak Pertubuhan USNUR telah meneruskan “program wakaf tunai sebanyak RM10.00 bagi satu yunit”. Bagi yang berhajat untuk menyertai program Wakaf Tunai ini bolihlah berhubung dengan kami.
3) Program wakaf tunai ini membolehkan semua golongan samada serdahana atau kaya berkongsi kekayaan dan dapat membuat amalan, ianya juga merupa satu amalan yang disyariatkan bahkan ianya adalah salah satu cara bagi kita mendekatkan diri dengan Allah swt, terdapat beberapa dalil wahyu yang boleh dijadikan asas sandaran kepada pensyariatan amalan berwakaf ialah Firman Allah swt yang bermaksud;
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai(hakikat) kebajikan dan Kebaktian (yang sempurna
Sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayang. Dan Sesuatu apa yang kamu
Dermakan, maka Sesungguhnya Allah Mengentahui..(Surah Aali ‘Imran 3:92)
4) Pihak Pengurusan tidak bermaksud mengunakan Firman Firman Allah swt sebagai satu cara bagi menarik orang ramai supaya menyertai program yang dianjurkan ini. Ianya kami serahkan pada budi bicara setiap individu memikirkan dengan hukum akal.
5) Bagi sesiapa yang berhajat untuk menyertai program wakaf tunai silalah berhubung dengan Pertubuhan USNUR atau datang terus ke asrama sementara “Baitul Rahmaniah” alamat diatas seperti para (C “2”)
E) BANTUAN
1. Pihak kami menerima apa saja bentuk bantuan dan penajaan dari setiap individu yang sudi bersama-sama memberi khidmat Bakti bagi mempastikan Asrama Baitul Rahmaniah dapat berjalan dengan lancar demi untuk memperkasakan anak-anak dibawah jagaan kami.
2. Semua bantuan dan penajaan bolehlah disalurkan kepada;
Bank | Alamat Asrama/Pejabat |
PERKHIDMATAN BAITUL RAHMANIAH BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD NO AKAUN: 1220 701 000 6106 | No: 11 Jalan Keruing 1B/2, Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor, Selangor D. Ehsan Tel: 012 356 0821/012 222 4220/ 012 942 3803 |
F) TANGGUNGJAWAB BERSAMA
1) Bahawa kita semua sedia maklum bahawa dalam masyarakat kita khusus di negara ini masih terdapat insan yang kaya dengan sifat kasih sayang dan bertanggongjawab terhadap masyarakat yang tidak berkemampuan.
PENGHARAGAAN |
Pihak Pertubuhan USNUR amat mengalu-alukan dan menghargai semua pihak yang sudi sama-sama membantu membangun, memperkasakan serta mempertabatkan anak-anak yang kurang bernasib baik ini agar bolih berjaya dalam pendidikan bagi memenuhi impian masa depan mereka. Marilah kita membantu kerana Allah swt.. “Bukan kita menghindarkan Neraka dan bukan kita berkehendakkan Surga. Amalan kita Hanya untuk Allah swt ”.. Wassallam. “KE ARAH INSAN TAQWA” |