PENGENALAN BAIRAH
DIMILIKI OLEH
PERTUBUHAN KEBAJIKAN USAHA NURANI( USNUR )
DIMILIKI OLEH
PERTUBUHAN KEBAJIKAN USAHA NURANI( USNUR )
BaiRah |
ASRAMA
ANAK YATIM DAN ANAK ASNAF
“BAITUL
RAHMANIAH-BAIRAH”
Taman
Keruing, Rasa, Hulu Selangor
|
USNUR
|
MILIK: Pertubuhan Kebajikan Usaha Nurani
(USNUR)
No Pendaftaran PPM 0171021032018 |
||
Alamat Urusan/Asrama Sementara : No 11 Jalan Keruing 1B/2, Taman
Keruing, 44200 Rasa, Selangor Darul Ehsan
Tel: 012 356 0821/ 012
222 4220/012 942 3803 email: asramabaitulrahmaniah@gmail.com blog: asramabaitulrahmaniah@blogspot.com
|
“KE ARAH INSAN TAQWA”
Assala Mualaikum wrt.,
A) PENGENALAN RINGKAS BaiRah
BAITUL
RAHMANIAH nama singkat BaiRah milik Pertubuhan Kebajikan Usaha Nurani(USNUR), ianya adalah sebuah asrama yang
menempatkan anak yatim dan anak asnaf,
mereka ini adalah dari golongan yang tidak berkemampuan, matlamat Pertubuhan
USNUR untuk membantu anak-anak yatim
& anak asnaf yang ingin berjaya untuk masa depan mereka.
2. Anak-anak yang
mendiami asrama ini wajib mempunyai jati diri, ingin belajar serta mempunyai visi untuk berjaya. Matlamat Pertubuhan
USNUR supaya anak-anak ini berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan akademik, Jasmani
dan rohani.
3. Asrama Anak
Yatim dan Anak Asnaf “BAITUL RAHMANIAH-BaiRah” mula beroperasi pada awal bulan Jun tahun 2014, Pada bulan
awal bulan April 2018 asrama BaiRah
telah diurus tadbir dan dimilikki sepenuhnya olih Pertubuhan USNUR, pihak USNUR
sedang berusaha bagi penambahbaikkan untuk memperkasa dan mempertabat anak-anak
dan juga asrama BaiRah.
4. Bagi tujuan
penambahbaikkan pihak USNUR merayu setiap lapisan masyarakat agar dapat
membantu dengan apa jua bentuk bantuan dan sokongan yang bolih, agar kami dapat menyediakan kemudahan yang agak selesa untuk
anak-anak. Pada ketika Asrama ini masih
terdapat banyak kekurangan keperluan asas seperti tilam, katil, almari dan khususnya keperluan makanan asas harian.
B)
BILANGAN ANAK-ANAK DIBAWAH JAGAAN BAITUL RAHMANIAH
1. Asrama
ini pada setiap masa hanya menampung seramai 30orang anak-anak sahaja
berdasarkan kepada kemampuan kewangan kami, walau pun terdapat ramai lagi
senarai yang menunggu untuk memasukki ke asrama ini. Pihak asrama akan mengawal
selia 50% lelaki dan 50% perempuan pada setiap masa, ini adalah disebabkan kami
wajid menyediakan wang saku persekolahan, makan harian kos pengangkutan ke
sekolah dan lain lain keperluan luar jangka.
C) ALAMAT PEJABAT
DAN ASRAMA SEMENTARA
1) Kami amat
bersyukur kehadrat Allah swt kerana pemilik rumah telah membenarkan rumahnya
dijadikan Asrama Anak Yatim dan Anak Asnaf tanpa dikenakan sebarang bayaran
sehinggalah kami mampu membeli rumahnya
bagi dijadikan asrama tetap.
2. Pejabat dan
Asrama Sementara Baitul Rahmaniah terletak dialamat No 11,
Jalan Keruing 1B/2, Taman Keruing, 44200 Rasa, Hulu Selangor. No Tel: 0123560821/0122224220/0129423803
Asrama BaiRah-USNUR
|
Anak-Anak BaiRah-USNUR/Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Ramadhan
2018
|
3. Pihak BAIRAH
telah mengemukakan Permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu
Selangor untuk didaftarkan sebagai
Asrama yang berdaftar(Rujukan:PKMD.SEL/05/PA800/03/01).
Pada ketika ini pihak pengurusan sedang berurus dengan akitek swasta bagi
pengubahsuaian status kegunaan rumah dari kediaman ke Asrama untuk dimajukan
kepada pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah Hulu Selangor) bagi tujuan
kelulusan.
D) MEREALISASIKAN
HARAPAN ANAK-ANAK BAIRAH
1. Program
Khas sumbangan “WAKAF TUNAI”
1) Bagi merialisasikan harapan anak-anak kami untuk
tinggal dibawah satu bumbung, pihak Pertubuhan USNUR berpendapat adalah wajar
kita menjemput setiap lapisan masyarakat menyertai program mengumpul dana bagi
membeli Asrama Sementara yang sedia ini bagi di jadikan Asrama tetap melalui
Program sumbangan Wakaf Tunai.
2) Kami telah pun
membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda minat untuk membeli rumah ini kepada
pemilik rumah. Bagi mencapai hasrat untuk memilikki rumah ini untuk dijadikan
asrama tetap pihak Pertubuhan USNUR telah meneruskan “program wakaf tunai sebanyak RM10.00 bagi satu yunit”. Bagi yang
berhajat untuk menyertai program Wakaf Tunai ini bolihlah berhubung dengan
kami.
3) Program wakaf
tunai ini membolehkan semua golongan samada
serdahana atau kaya berkongsi kekayaan dan dapat membuat amalan, ianya juga merupa satu amalan yang disyariatkan bahkan
ianya adalah salah satu cara bagi kita
mendekatkan diri dengan Allah swt,
terdapat beberapa dalil wahyu yang boleh dijadikan asas sandaran kepada
pensyariatan amalan berwakaf ialah Firman Allah swt yang bermaksud;
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai(hakikat) kebajikan dan
Kebaktian (yang sempurna
Sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang
kamu sayang. Dan Sesuatu apa yang kamu
Dermakan, maka Sesungguhnya Allah
Mengentahui..(Surah Aali ‘Imran 3:92)
4) Pihak
Pengurusan tidak bermaksud mengunakan Firman Firman Allah swt sebagai satu cara bagi menarik orang ramai
supaya menyertai program yang dianjurkan ini. Ianya kami serahkan pada budi
bicara setiap individu memikirkan dengan hukum akal.
5) Bagi sesiapa
yang berhajat untuk menyertai program wakaf tunai silalah berhubung dengan Pertubuhan
USNUR atau datang terus ke asrama sementara “Baitul Rahmaniah” alamat diatas
seperti para (C “2”)
E) BANTUAN
1. Pihak kami
menerima apa saja bentuk bantuan dan penajaan dari setiap individu yang sudi
bersama-sama memberi khidmat Bakti bagi mempastikan Asrama Baitul Rahmaniah
dapat berjalan dengan lancar demi untuk memperkasakan anak-anak dibawah jagaan
kami.
2. Semua bantuan
dan penajaan bolehlah disalurkan kepada;
Bank
|
Alamat
Asrama/Pejabat
|
PERKHIDMATAN
BAITUL RAHMANIAH
BANK
ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO
AKAUN: 1220 701 000 6106
|
No:
11 Jalan Keruing 1B/2, Taman Keruing, Rasa,
Hulu
Selangor, Selangor D. Ehsan
Tel:
012 356 0821/012 222 4220/ 012 942 3803
|
F)
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
1) Bahawa
kita semua sedia maklum bahawa dalam masyarakat kita khusus di negara ini masih
terdapat insan yang kaya dengan sifat kasih sayang dan bertanggongjawab
terhadap masyarakat yang tidak berkemampuan.
PENGHARAGAAN
|
Pihak
Pertubuhan USNUR amat mengalu-alukan
dan menghargai semua pihak yang sudi sama-sama membantu membangun,
memperkasakan serta mempertabatkan anak-anak yang kurang bernasib baik ini
agar bolih berjaya dalam pendidikan bagi memenuhi impian masa depan mereka.
Marilah kita membantu kerana Allah swt.. “Bukan kita menghindarkan Neraka dan
bukan kita berkehendakkan Surga. Amalan kita Hanya untuk Allah swt ”..
Wassallam.
“KE ARAH INSAN TAQWA”
|
RUANG TAMU DIJADIKAN RUANG SOLAT
BAHAGIAN DEPAN RUMAH DIJADIKAN TEMPAT ULANG KAJI
ANAK ANGKAT KEPADA PUSAT INTERNET DESA RASA
PROGRAM BERSAMA SISWA/SISWI UNIVERSITI MALAYA
PROGRAM KEMASYARAKAT DENGAN DUTCH LADY
No comments:
Post a Comment